MAJLIS PERASMIAN LAMAN WEB
SRK ST. JAMES

Oleh

SABARIAH @ SABAU BTE JAMAL
( GURU BESAR SRK ST. JAMES )

Pada : 1 Ogos 2006

Saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kerana diberi kesempatan menyampaikan ucapan di dalam ruang laman web sekolah ini. Saya juga merasa bangga dan ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada mereka yang telah mengusahakan pengujudan laman web ini sehingga berjaya. Terima kasih juga kepada pihak berkenaan yang telah menyediakan tapak web yang mesra pengguna. Selama ini sekolah ini sangat menginginkan laman webnya sendiri agar boleh berkongsi maklumat kepada semua pihak terutamanya warga pendidik dan ibubapa, namun kerana kekangan-kekangan tertentu ia belum pun kesampaian.

Dengan adanya laman web sekolah ini, diharap segala maklumat dapat dikongsi bersama bukan sahaja oleh warga pendidik sekolah ini tetapi juga ibu bapa, murid-murid dan sesiapa sahaja yang berkeinginan mengetahui tentang sekolah ini.

Tidak dapat dinafikan  bahawa laman web ini memang banyak kekurangannya, maklum saja perkara agak baru bagi sekolah ini. Namun pihak sekolah berjanji akan terus berusaha menambahbaik dan memperkayakan kandungan serta penampilan laman web ini.

Akhir sekali, saya amat mengharapkan agar dengan ujudnya laman web ini bererti bermulalah era baru sekolah ini menjadi sekolah bestari yang pelajarnya juga berkemahiran TMK.

Sekian, terima kasih.





Mula